Thursday 21 August 2014

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Berjumpa lagi kita di OTAI MOUNTAINBIKE CHALLENGE Pusingan ke 3.
Para OTAI telah pun maklum dan berkat sokongan padu dari OTAI semua, SBCC sekali akan menganjurkan MTB Challenge ini buat kali ke 3 berturut turut.
Demi memeriahkan lagi acara tahunan ini,penganjur telah mengadakan pertambahan kategori buat OTAI lelaki dan menurunkan kategori umur buat OTAI wanita.

Kualiti MEDAL dan design akan diberi perhatian kerana sekarang ini ramai penganjur telah mula beralih kepada Medal yang diperbuat dari bahan yang tahan lama disamping design yang menarik.

OTAI kali ke 3 ini, penganjur akan menyediakan TSHIRTS berkualiti quick dry dan tidak ada JERSEY OTAI seperti sebelumnya kerana ianya melibatkan persetujuan sponsor yang mengambil masa yang lama.Walaubagaimana pun, kami berjanji akan memberikan Tshirts yang berkualiti disamping design yang menarik agar para OTAI berasa selesa memakainya.

Segala kelemahan penganjuran OTAI2 yang lalu kami mohon maaf dan akan diperbaiki demi melancarkan lagi perjalanan pertandingan.Segala teguran demi penambah baikkan diucapkan ribuan terima kasih kerana tanpa sokongan OTAI semua ....siapa lah kami.

Maklumat berkaitan dengan OTAI3 akan diupdate dari masa ke semasa.

Sekian terima kasih.

SAZALI
Admin
hp/WA 013-3732044

email sungaibuayasbcc@gmail.com